CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 21, 2009

Bingkisan Doa Dariku.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Sikap orang yang berjaya
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain

Sikap orang yang gagal

  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Wednesday, February 18, 2009

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat

  1. Kuasai masa anda "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
  2. Keputusan di tangan anda.. Jangan biarkan orang lain menghalang anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
  3. Hapuskan ketakutan. "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap positif
  5. Gambaran minda "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif
  7. Capai sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang sekali"
  8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
  9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words".

"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Monday, February 16, 2009

KASUT TUMIT

Hari ini dalam sejarah, sy jatuh di tangga library. Malunya…. Tapi kesakitan melebihi daripada rasa malu. Semuanya kerana kasut tumit. Sy rasa fobia hendak lalu di situ lagi. Takut2 jatuh lagi untuk kali kedua. Hanya allah sahaja yang tahu sakitnya bukan kepalang, nasib baik sy boleh berjalan lagi. Syukur alhamduliillah. Nampaknya lepas ni, sy kena beli kasut yang tidak bertumit supaya tidak jatuh lagi. Nasib baik la ida ada bersama tadi, jadi dialah yang bantu sy tadi. Thanks ida.. sy janji selepas ini sy akan lebih berhati2 lagi. Insya’Allah..

MARI BERCUTI


Hari ahad yang lepas sy dengan 9 lagi kengkawan gi mandi dekat Kalumpang. Seronoknya masa itu, kami bangun awal pagi lagi untuk memasak bihun dengan wat roti sandwich. Ada kawan kite tu pandai masak bihun singapura. Huhuhu nampaknya dah boleh kahwin kawan kite tu sebab dah pandai masak. Sedap tau masakannya. Then kami buat sandwich sesame, suasana masa tu memang seronok. Iyerlah mana tidaknya tak sabar nak sampai ke Kalumpang dan ramai di antara kami ini yang masih belum menjejakkan kaki lagi ke sana. Tepat kul 9 kami brtolak. Sampai saja di kalumpang, sy menjadi ghairah nak main air. Ceh kononnya nak terus mandi tapi bila sentuh je air , sejuknya bukan main. Kami mencari tempat yang agak tersorok supaya bebas untuk main air, nanti x la malu2. hahaha...macam2 aksi dan gaya yang kami lakukan. Lama juga kami berendam dalam air, bila lapar kami naik skejap untuk makan, then masuk lagi. Huhu seronoknya, rasa nak pergi lagi. Walaupun sy tak pandai berenang, sy dah cukup hepy dapat berendam dalam air. Sy ada juga suruh kawan sy ajar sy berenang, hehehe lucu la sebab tak jadi juga. Iyerla kalau nak mulakan sesuatu yang baru kena lah banyak kali berlatih baru lah boleh, betul x? For me, ia suatu pengalaman yang baru and i’ll keep that’s memory in my mind. Best sangat..

Saturday, February 14, 2009

UBAT OH UBAT


Boringnya hari ni... kepala pula asyik sakit aje, mencucuk rasanya. tak tahu la nape. kerap juga sakit kepala. nak makan ubat tak lalu. maklum la tak pandai nak makan ubat. itu la yang jadi masalahnya, tak pandai nak makan ubat. dah di ajar banyak kali pun masih xdapat nak wat juga. selalu kena ketawa dengan abah ngan adik2 sebab tak pandai nak makan ubat. sebelum ni kalau sakit pun tak makan ubat, sy akan cuba tahan saja. kalau dah teruk sangat, mak akan hancurkan ubat dan beri sy makan. huhuhu

K la, sy nak rehat dulu. makin kuat pula rasa mencucuk2 kat kepala ni..

Friday, February 13, 2009

APA ITU KAUNSELING?


  • Biasanya kaunseling dikaitkan dengan masalah. Apabila seseorang sedang bergelut dengan sesuatu masalah peribadi orang-orang di sekeliling akan menasihatkannya berjumpa kaunselor untuk mendapat bantuan secara profesional. Sebelum ini sesiapa sahaja akan bertindak sebagai penasihat atau penyelesai masalah walaupun tanpa kemahiran. Ramai yang menganggap masalah manusia adalah perkara biasa yang boleh diselesaikan oleh sesiapa sahaja. Biasanya dalam kelompok keluarga, orang-orang tualah yang menjadi tempat rujukan kerana mereka dikira telah banyak merasakan asam garam kehidupan berbanding dengan golongan muda.Sebenarnya adakah usia dan pengalaman itu memadai untuk menjadi seorang kaunselor? Sebelum kita menilai kelayakan seorang kaunselor, terlebih dahulu kita perlu tahu apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam kaunseling?Oleh kerana kaunseling merupakan satu proses membantu manusia, matlamat kaunseling semestinya berkait rapat dengan falsafah kehidupan manusia yang inginkan kebaikan dan kesejahteraan sejagat. Maka kehendak dan matlamat kaunseling adalah untuk membantu manusia memahami serta memanfaatkan potensi dirinya dalam mencapai kesejahteraan hidupnya.
  • Dalam kaunseling setiap individu mesti bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri dan apa sahaja keputusan yang diambil bagi menyelesaikan kekusutan yang dihadapi. Tanggapan sesetengah orang bahawa kaunselor itu merupakan orang yang berkuasa dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah orang lain adalah satu kekeliruan besar kerana kaunselor hanya membantu meneroka dan meluaskan paradigma pemikiran kliennya sehingga dia nampak jalan penyelesaian yang perlu diambil.Sesi pertemuan di antara kaunselor dan klien bukanlah sesi perbualan kosong tanpa sebarang matlamat. Sebenarnya seorang kaunselor perlu menggunakan kemahirannya untuk memahami, mengenal pasti, menganalisis percakapan, gerak geri dan air muka kliennya. Setiap perkaraan, gerak geri dan gambaran perasaannya perlu ditafsirkan bagi mengenal pasti perkara pokok yang memerlukan perhatian dan perubahan yang perlu dilakukan.Apabila seorang klien bertemu kaunselor lazimnya dia membawa kehendak atau matlamat tertentu. Dia mengharapkan penawar untuk mengubati kebuntuan yang sedang dialami. Kaunselor juga dalam melaksanakan tugasnya mempunyai matlamatnya sendiri.
  • Sebagai seorang profesional sudah tentu dia mengharapkan sesi kaunseling yang dijalankan itu memberi kepuasan kepada klien dan juga dirinya. Dia mengharapkan klien yang pada awalnya bermuram atau bermasam muka akan berubah menjadi ceria dengan senyuman yang berseri-seri. Dia akan berpuas hati sekiranya dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada kliennya.Sesi kaunseling yang berkesan akan terhasil sekiranya matlamat klien dan matlamat kaunselor dapat diselaraskan. Kaunselor akan dapat memikirkan sesuatu matlamat yang sesuai dengan keadaan dan kehendak seseorang klien. Matlamat ini dapat dikenalpasti daripada pernyataan masalah yang dikemukakan oleh klien dan penafsiran gerak gerinya.
  • Menurut Shertser dan Stone (1968), klien selalunya mengharapkan supaya dicabar, diuji, dianalisis dan diberitahu apa yang patut dan perlu mereka lakukan. Kaunselor pula tidak akan menetapkan tindakan yang perlu diambil oleh klien. Sebaliknya kaunselor akan membiarkan klien membuat pertimbangan sendiri mengikut jperasaan, fikiran dan situasi klien sendiri. Apa yang sesuai bagi kaunselor tidak semestinya sesuai untuk klien. Lagi pun klienlah yang akan merasakan manfaat atau tidaknya kesan tindakan yang bakal diambilnya. Untuk memudahkan kaunselor pernyataan masalah yang dikemukakan oleh klien boleh ditukar kepada matlamat yang ingin dicapai. Walaubagaimana pun apabila kira menetapkan sesuati matlamat ianya mestilah boleh dicapai, boleh diukur, realistik dan ada ketentuan masa perubahan yang sesuai.

MELAKA - KLCC














Wednesday, February 11, 2009

Jatuh Cinta?




  • Apabila anda bersama dengannya, anda akan akui si dia istimewa tetapi anda berpura-pura tidak peduli dan bila si dia tiada anda akan tercari-cari. itu menandakan anda di lamun cinta.
  • Walaupun ramai orang di sisi anda, tapi perhatian anda hanya tertumpu padanya. itu tandanya anda telah jatuh cinta.
  • Rasa resah gelisah bila tidak mendengar suaranya, bila mengantuk jadi terang dan bila lapar jadi kenyang. tandanya anda sedang dilamun cinta.
  • Cemburu bila orang si dia asyik memuji kecantikan orang lain.

Apa guna pasang pelita,
Kalau hanya bersumbukan kain,
Buat apa bercinta,
Kalau tiada niat nak kawin.

Sunday, February 8, 2009

Sebuah kisah




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

WHAT DO U THINK?


CINTA


Untuk menikmati bahagia dalam makna
cinta yang sejati sepanjang masa,
indah budi pekerti serta mesra sesame
keluarga adalah jawapannya.

Sedar tak, apabila anda terlalu cinta akan
banyak melakukan kesilapan. Bukan saja anda
silap dalam meramal fikirannya,
anda juga silap meramal fikiran anda sendiri.

Pilihlah cinta yang suci, tulus dan telus.
Usah terperangkap dengan cinta yang samar ,
hitam lagi gelap.

PULAU BANDING








AKU ANAK PETANI


it's me, saya tinggal di kawasan sawah padi. saya suka bila tiba musim menuai, sebab boleh tangkap ikan. apabila lepas musim menuai ada banyak ikan seperti ikan sepat, keli, puyu, haruan. sedap tau kalau digoreng lepas tu di masak berlada. sedapnya... boleh makan sampai 2 pinggan. dulu semasa kecil, saya suka main dekat sawah, bila lepas tuai padi biasanya akan banyak angin. ha masa tu abah akan buat wau dan layang-layang. abah saya ni sangat kreatif, boleh buat wau bulan yang cantik. apabila petang, saya akan ikut abah dan adik2 yang lain menaikkan wau. kemudian dekat nak maghrib, kami akan turunkan wau pula. perkara yang paling seronok apabila masa masukkan air dekat sawah. masa tu kawasan sawah jadi macam laut. cantik sangat, lebih-lebih lagi bila matahari nak tenggelam, betul2 macam pantai. ingat lagi masa sekolah rendah, lepas habis waktu sekolah agama, saya dan adik2 akan balik cepat2 sebab nak main air dekat sawah. seronok sangat masa tu. orang kata dekat sawah ada lintah, tapi saya tidk pernah jumpa lintah dekat sawah. mungkin abah saya guna racun kuat kot, sampai lintah pun tak berani nak duduk kat sawah.heheheh

SAYANG ADIK

Ini pula adik yang bongsu, najiha. sekarang ni baru berusia 5 tahun. beza umur dengan saya 18 tahun. najiha ni seorang yang ekstrovert, lincah dan manja. merupakan satu2 nya adik perempuan saya. adik kata, dia tak sabar nak besar sebab nak pakai pakai kasut tumit tinggi, macam artis-artis dalam tv. saya tergelak bila dengar adk cakap macam tu. bila ditanya bila besar nanti nak jadi apa, adk akan jawab nak jadi cikgu macam kakak ira. saya hanya tersenyum. adk saya minat dengan pemimpin dato' khir toyo, pantang nampak gambarnya dia cakap eh, wak toyo. hehehe saya tanya kenapa, dia jawab adk minat khir toyo. masa tu tengah sibuk dengan pilihanraya, malangnya dato khir toyo kalah dalam pilihan raya. sebenarnya saya rasa bangga dengan adik saya sebab dalam usia 5 tahun sudah tahu nama pmimpin di malaysia. im proud with her.

twins


ha, yang ini adik kembar saya. sekarang ini berumur 21 tahun. abangnya, saya panggil ajim dan yang adik saya panggil jae. mereka ini mempunyai minat yang sama iaitu suka menyanyi. kalau saya balik kampung, mereka ini suka berkaraoke. maklum lah suaranya pun boleh tahan. pernah mereka mengajka saya menyanyi sekali, tapi saya segan sebab suara saya tak sedap. malu dek jiran bila mendengar nanti.heheh walaupun mereka ni sudah besar, sifat manjanya masih ada lagi. kadang-kadang saya fikir macam mengada2 tapi ntah lah...

emak ngan abah

Ini adalah emak ngan abah saya. bapa saya bekerja sebagai pekerja rendah am di Majlis Daerah Kuala Selangor. di samping itu abah saya juga seorang petani. emak saya pula ialah serang suri rumah tangga. emak saya ni seorang yang baik hati, saya suka masakan emak saya dan penyabar orangnya. berbanding abah, mempunyai perwatakan yang tegas, garang tetapi seorang yang baik hati. kalau ada sebarang masalah, cuba berunding denganya, insyaallah akan settle. emak ngan abah saya merupakan kaunselor saya. kalau dulu, emak menjadi tempat saya mengadu, tetapi sekrang dengan abah pun saya berani mengadu. heheh tapi menggunakan sms lah... kalau berdepan, payah sikit kot.. saya sangat gembira mempunyai kedua ibu bapa yang baik, penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak. saya amat berharap agar diberikan masa kepada saya untuk saya membalas jasa kedua ibu bapa saya. saya tidak tahu bagaimana ingin mengggambarkan perasaan saya melalui kata2 betapa saya sayangkan mereka. kadang-kadang bila difikirkan tentang mereka, saya boleh mengalirkan air mata. sesungguhnya, saya amat mencintai mereka. love u forever and ever.

MANIS BICARA



Rahsia 5 jari




1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang sesuatu cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. See all ur fingers and renung/fikir dalam2.