CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

emak ngan abah

Ini adalah emak ngan abah saya. bapa saya bekerja sebagai pekerja rendah am di Majlis Daerah Kuala Selangor. di samping itu abah saya juga seorang petani. emak saya pula ialah serang suri rumah tangga. emak saya ni seorang yang baik hati, saya suka masakan emak saya dan penyabar orangnya. berbanding abah, mempunyai perwatakan yang tegas, garang tetapi seorang yang baik hati. kalau ada sebarang masalah, cuba berunding denganya, insyaallah akan settle. emak ngan abah saya merupakan kaunselor saya. kalau dulu, emak menjadi tempat saya mengadu, tetapi sekrang dengan abah pun saya berani mengadu. heheh tapi menggunakan sms lah... kalau berdepan, payah sikit kot.. saya sangat gembira mempunyai kedua ibu bapa yang baik, penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak. saya amat berharap agar diberikan masa kepada saya untuk saya membalas jasa kedua ibu bapa saya. saya tidak tahu bagaimana ingin mengggambarkan perasaan saya melalui kata2 betapa saya sayangkan mereka. kadang-kadang bila difikirkan tentang mereka, saya boleh mengalirkan air mata. sesungguhnya, saya amat mencintai mereka. love u forever and ever.

0 comments: