CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

AKU ANAK PETANI


it's me, saya tinggal di kawasan sawah padi. saya suka bila tiba musim menuai, sebab boleh tangkap ikan. apabila lepas musim menuai ada banyak ikan seperti ikan sepat, keli, puyu, haruan. sedap tau kalau digoreng lepas tu di masak berlada. sedapnya... boleh makan sampai 2 pinggan. dulu semasa kecil, saya suka main dekat sawah, bila lepas tuai padi biasanya akan banyak angin. ha masa tu abah akan buat wau dan layang-layang. abah saya ni sangat kreatif, boleh buat wau bulan yang cantik. apabila petang, saya akan ikut abah dan adik2 yang lain menaikkan wau. kemudian dekat nak maghrib, kami akan turunkan wau pula. perkara yang paling seronok apabila masa masukkan air dekat sawah. masa tu kawasan sawah jadi macam laut. cantik sangat, lebih-lebih lagi bila matahari nak tenggelam, betul2 macam pantai. ingat lagi masa sekolah rendah, lepas habis waktu sekolah agama, saya dan adik2 akan balik cepat2 sebab nak main air dekat sawah. seronok sangat masa tu. orang kata dekat sawah ada lintah, tapi saya tidk pernah jumpa lintah dekat sawah. mungkin abah saya guna racun kuat kot, sampai lintah pun tak berani nak duduk kat sawah.heheheh

0 comments: