CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 10, 2009


PROGRAM MOTIVASI

27 Feb lepas, saya dan 9 rakan yang lain telah membuat satu program motivasi "bersama menggapai bintang" di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Banyak kenangan dan dugaan sepanjang hendak mengadakan program ini. Berkat doa dan kesungguhan semua fasilitator, akhirnya program ini berjalan dengan jayanya. Syukur kepada Allah s.w.t...alhamdulillah, pihak sekolah pula menyambut baik kedatangan kami dan unit bimbingan kaunseling sekolah juga sangat memberikan kerjasama untuk bersama-sama menjayakan program selama 3 hari 2 malam ini. Sasaran kami untuk program ini adalah 100 orang pelajar asrama yang mana terdiri daripada tingkatan 3, 5 dan 6.
AL-KISAH.... Lebih kurang pukul 3, kami sampai di sekolah dan mendaftarkan diri dipejabat asrama. Kami diberikan bilik penginapan dan terus setup dewan untuk majlis perasmian oleh pengetua. Pukul 4 petang, pendaftaran peserta dibuat oleh saudara Robin dan juga saudari Faridah. Seterusnya majlis perasmian program bermula pada pukul 4.30 petang. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali. Selepas solat asar, semua peserta bergegas ke dewan utama sekolah untuk slot ice breaking yang bertujuan untuk sesi suai kenal dan juga pembahagian kumpulan. Slot ini telah dikendalikan oleh saya sendiri yang mana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk mengendalikan slot secara perseorangan, secara jujurnya saya akui agak sukar untuk kendalikan slot ice breaking, lebih-lebih lagi masa itu ada masalah teknikal mic, jadi peserta tidak berapa jelas dengan arahan.. dan bergema.. saya telah cuba yang terbaik dan akhirnya dapat membentuk 9 kumpulan yang ahlinya daripada pelbagai kategori. Selama 3 hari 2 malam ini, banyak slot yang kami sediakan antaranya ialah slot "diriku dirimu" yang mana slot ini bertujuan untuk pelajar mengetahui akan kelemahan dan juga kelebihan diri masing-masing dan juga mengenali rakan-rakan yang lain. Dalam slot ini juga kami telah mengedarkan inventori JEPI dan telah ditadbir oleh saudara Sharilhan.
Selain itu, slot ceramah "kemahiran belajar" telah disampaikan oleh saudara Ismail yang mana ceramah ini dapat memberikan input-input kepada pelajar cara untuk belajar yang betul seperti mengingat, peta minda, membaca pantas dan sebagainya. Dalam slot ceramah juga telah diberikan pendedahan tentang kerjaya terkini. Seterusnya ialah slot "tipah dan joey" yang mana slot ini bertujuan untuk melihat cara pelajar untuk berani tampil dihadapan dan berhujah, disini kemahiran komunikasi dapat dilihat dan juga cara lontaran idea pelajar dapat dilihat. slot ini sangat menarik dan dapat memotivasikan diri pelajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan betul, belajar mendengar pandangan atau pendapat orang lain, dan belajar menjadi asertif diri. Modul ini telah dikendalikan saudari Rofiah, dan saya rasa pengendalian modul dapat mencapai matlamatnya. Tahniah Pia.
Bagi aktiviti riadah pula, slot sibuta ku sayang telah dikendalikan oleh saudari Nurhamizah. Aktiviti ini relaks dan seronok walaupun terpaksa berpanas. not bad... untuk malam pula, kami telah mengadakan malam kebudayaan yang mana setiap kumpulan akan membuat persembahan. Tidak dinafikan ramai pelajar disekolah ini berbakat dalam nyanyian dan juga lakonan. Syabas kepada semua pelajar yang menjayakan malam kebudayaan.. Malam tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi terdapat 1 slot "buang sayang, jasamu dikenang" yang dikendalikan oleh saudari Norhayati. Slot ini lebih kepada mengenang jasa ibubapa, dan cuba menaikkan semangat pelajar untuk bangkit, sedarkan mereka yang kejayaan mereka dapat membalas jasa kedua ibu mereka. Slot ini sedih, saya pun teringatkan mak ngan abah.....lebih kurang kul 1 pagi kami lepaskan semua pelajar untuk balik tidur.
Keesokkannya, pagi2 seperti biasa ada senamrobik "oojeng" yang menjadi kegemaran pelajar. Senamrobik ini telah dilakukan didalam dewan utama dan melibatkan semua pelajar asrama. Senamrobik ini sangat meriah dan lebih lagi apabila dimainkan lagu "chicken dance", hehheeh.... kelakarnya mereka.. dan seterusnya sukaneka. Sukaneka ini dikendalikan oleh saudari Musfirah. Aktiviti ini memang enjoy dan lebih kepada semangat berkumpulan. Walau bagaimanapun terdapat kekangan sepanjang program ini yang mana berlaku masalah teknikal dan ia dapat diatasi, masalah ketepatan masa dan menghadapi waktu cemas semasa mengendalikan beberapa orang pelajar yang pengsan, kena sawan, dan sesak nafas. Peristiwa tersebut memberi satu experience kepada kami supaya lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan apabila running program.
Alhamdulillah, pelajar yang terlibat selamat dan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekolah cikgu Laila, cikgu Noli, cikgu Faizuri yang membantu kami. Terima kasih juga kepada pihak sekolah, pengetua sekolah yang memberikan peluang kepada kami untuk menjayakan program, kepada cikgu Asmaliza, terima kasih kerana telah merasmikan penutupan program dan sekali gus telah melancarkan majlis penutupan program. Begitu juga dengan teacher Aisyah selaku ketua warden yang telah memberikan tempat penginapan, dan makanan. Tidak lupa juga, rakan seperjuangan yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Tahniah saya ucapkan diatas kerjasama yang baik yang telah diberikan dan mudah-mudah ia menjadi satu platform kepada anda semua untuk terus berjaya dimasa akan datang dan menjadi seorang kaunselor yang berkemahiran, bertanggungjawab, berpengetahuan dan bertauliah. Insyaallah...amin.


0 comments: