CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 20, 2009

MY BESTFRIEND & 1


Inilah kisah kami, kisah 6 sekawan, kisah persahabatan yang cuba kami eratkan... Moga berkekalan selamanya..

Kami ditemukan di sini, untuk menjalin persahabatan. Susah senang bersama, berbincang bila tiba kekusutan.

Indahnya persahabatan ini... Gelak tawa, kami kongsi bersama.. tapi bila bersedih hanya memendam rasa...kenape?? kami sahabat, kami sudi mendengar keluhan, kami sedia membantu... percaya pada kami..




Ni Mizah. Aku panggil Jah je. Aku mula berkawan dengan Jah masa sem 3 tu pun sebab satu group asgmnt. sejak tu hubungan kami jadi rapat dan leh masuk ngan dia. so kami berkawan sampai sekrang.Jah ni baik sangat orangnya..Aku suka dia..rasa macam bersama dengan kakak. heheh jangan marah yer Jah. mudah-mudahan persahabatan ni kekal sehingga ke akhir hanyat.. lagi satu, harap sangat Jah cepat kahwin.huhu



Ha yang ni Yati, tapi aku panggil Tie je..heheh senang nak panggil.. Tie ni adalah orang yang mula2 sekali aku jumpa masa nak daftar masuk sem 1. heheh Dia la yang tegur aku dulu. Tak sangka sekarang ni kita dah jadi sahabat baik. tapi sedih sebab dah tak duduk sama.Tie ni baik orangnya, suka bercerita dan penyayang orangnya.. nanti bila dah posting mesti rindu pelukan tie.. aku pun sayang kat tie juga.




Piya, piya oh piya piya... hehheh pia ni happy go lucky orangnya..best sangat kawan ngan pia. Dulu, ingat lagi masa kite sem 1 ngan 2 kite cume kawan bertiga je, sampai digelar geng comel.. heheh rindu mase dulu2 kite sem 1, banyak manis pahit kitebersama..

Ha tentang Mus pula..Mus ni comel lagi2 bila senyumm..emm, cantik nampak sebaris gigi yang tersusun rapi..Mus suka gelak, tapi tak sangka mudah juga kuar air mata..heheh kalau tgk industan confirm menangis..huhuhu i love u mus, pia..



Last sekali Ida.Aku ada gelaran sendiri untuk ida ni..Kadang-kadang aku panggil mek..hehhe dia tak marah aku pun on aje la. Kami berkawan sejak sem 1 lagi, antara persahabatan kami, ida lah yang aku paling rapat..ke mana2 mesti bersama, dimana ada ida disitu ada aku..hehehe

Best berkawannya, sedih2 tu biasalah adat dalam persahabatan. buang yang keruh ambil yang jernih. aku sayang kan dia.. dia suka mendengar keluhan aku..dia boleh jadi kawan yang baik. ida suka senyumm...manis senyumnye..sampai ramai laki pun tertarik heheheh


Ermmm, itu lah serba sedikit tentang kawan-kawan ku.. aku harap sangat hubungan ni akan kekal sampai bila2.Aku sentiasa doakan kejayaan mus, ida, pia, jah dan tie.. boleh jadi seorang kaunselor yang hebat dan bertauliah bila kuar nanti. aku juga harap bila dah kuar nanti pertalian ni tak putus...aku sayang sangat persahabatan ni..

Sunday, April 19, 2009

Nilai Tudung Wanita

sekadar hiasan

Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.

Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Thursday, April 16, 2009

Lama sudah

Apa yang dah lama tu? huhuhu lama dah tak tengok blog sendiri. Rindu jugak tapi kekangan masa sampai tak sempat nak buka. Sekarang ni rasa lega sikit sebab proposal dah siap, tapi... heheh tak tahu lah betul ke tidak. Nanti cuti sem kena baiki lagi, tambah bahan untuk wat tesis sem depan. chai yok ira!!! macam tak caya je dah last sem, rasa sekejap je.. sem depan dah sem 7, macam tak percaya aje... sebelum tu kena berjuang untuk final, mudah-mudahan dapat kekalkan result yang bagus. walau apa pun kena usaha dulu.. untuk kawan-kawan yang lain saya doakan dapat wat yang terbaik dan dapat result yang gempak juga. amin..

Monday, March 30, 2009

TEORI MASLOW

Abraham Maslow, seorang pakar motivasi terkenal dan pencipta teori keperluan mengemukakan suatu hubungan hirarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya jika keperluan pertama memuaskan atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan oleh individu sangat penting untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai keperluan yang paling tinggi, iaitu keperluan aktualisasi diri.

Para pakar Humanistik menitik-beratkan pentingnya motivasi dari dalam diri sendiri (self-motivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong berkembangnya rasa ingin tahu dan minat semulajadi pelajar dalam belajar. Para pakar Behavioristik pula menekankan pentingnya persekitaran dalam menciptakan kondisi yang memotivasikan pelajar. Mereka menganjurkan agar guru mengaitkan belajar dengan rangsangan yang menimbulkan perasaan senang dan membentuk tingkah laku pelajar melalui pemberian hadiah atau berbagai penguatan lainnya.

Keperluan emosional, iaitu meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan harga diri. Ini dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara melibatkan pelajar dalam menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan belajar. Aktiviti belajar hendaklah benar-benar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk berusaha secara maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat berhasil dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru memperlakukan pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.

Keperluan kognitif, iaitu meliputi keperluan untuk berhasil menciptakan atau memecahkan suatu suasana konflik atau hal-hal yang saling bertentangan dan keperluan untuk mendapatkan rangsangan. Untuk itu guru perlu memberi tahu pelajar tentang tujuan pelajaran sehingga mereka mengetahui keberhasilan yang bagaimana yang diharapkan untuk mereka capai. Berbagai macam cara penyajian dapat dilaksanakan, seperti melalui teka-teki, pertanyaan yang mengundang perdebatan atau berbagai pendapat untuk menjawabnya, memunculkan pandangan-pandangan yang berlawanan atau berbeza atau aneh sehingga pelajar-pelajar terangsang untuk berfikir dan membahasnya. Menyediakan rangsangan dengan memberikan maklumat baru dan berkualiti melalui ceramah, demonstrasi dan perbincangan.

KONSEP-KONSEP MOTIVASI

Motivasi merupakan jantung dalam proses belajar. Oleh kerana motivasi begitu penting dalam proses pembelajaran, maka tugas guru yang pertama dan terpenting adalah membangkitkan atau membangunkan motivasi pelajar terhadap apa yang akan dipelajari oleh pelajar. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi juga mengarahkan dan memperkuatkan lagi tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran, tanpa banyak bergantung kepada guru. Justeru dapat meningkatkan lagi prestasi dalam akademik.

Menurut pakar motivasi terdapat dua jenis motivasi yang umum, iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor pendorong yang murni berasal dari dalam diri individu, dan tujuan tindakan itu terlibat di dalam tindakan itu sendiri, bukan di luar tindakan tersebut. Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, iaitu keinginan bertingkah laku sebagai akibat dari adanya rangsangan dari luar atau kerana adanya kekuasaan dari luar. Tujuan bertingkah laku pun tidak terlibat dalam tingkah laku itu sendiri, tetapi berada di luar tindakan tersebut.

Di dalam proses belajar, motivasi intrinsik lebih berkesan mendorong pelajar dalam belajar. Namun bukan bermakna bahawa motivasi ekstrinsik perlu dihindari sama sekali. Motivasi ekstrinsik dapat memancing timbulnya motivasi intrinsik. Banyak pelajar yang termotivasi secara ekstrinsik dapat berjaya dengan baik dalam belajar, seperti halnya dengan pelajar-pelajar yang termotivasi secara intrinsik, asalkan guru dapat membantu mereka dengan cara yang tepat sesuai dengan keperluan mereka.

Ada berbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru dalam membangkitkan motivasi pelajar dalam belajar melalui pengembangan motivasi ekstrinsik, seperti memberikan penghargaan atau celaan, membangun persaingan, memberikan hadiah atau hukuman, dan memberi tahu kemajuan yang dicapai oleh pelajar. Masing-masing cara mempunyai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahannya sendiri. Guru harus menentukan cara yang paling tepat sehingga berbagai kelemahan dapat dikurangi atau dihindarkan sama sekali, dan sebaliknya kekuatan-kekuatan yang ada dikembangkan dan dimanfaatkan sebesar-besarnya

Monday, March 23, 2009

Ayahhhhhhhhhhhhhh


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya."Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini."Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.""Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.""Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya"."Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya." "Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya"."Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.""Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.""Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya."Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.

"p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

Berita mengejut

Panggilan telefon dari adik saya 2 hari lepas amat mengejutkan saya. Sewaktu bercakap dalam telefon dia menangis, saya jadi tertanya2 apa yang sudah berlaku.. amat mengejutkan apabila adik beritahu saya yang cousin saya sudah tiada, innalillah.... terkejut saya, saya tidak tahu apa perasaan saya ketika itu, saya seolah-olah tiada apa2 perasaan.. tak sedih, tak menangis.. saya tidak percaya apa yang berlaku.. dia terlalu muda bagi saya, baru berusia 20 tahun. Arwah mendapat kemalangan sewaktu perjalanan balik dari upm ke kampungnya, sekinchan. Mungkin Allah lebih sayangkannya, walaupun arwah yang glamour dengan panggilan pak tam sudah tiada, dia tetap segar dalam ingatan saya. Mana tidaknya, setiap kali cuti semester dia psti datang ke rumah dan tidur di rumah. Kami sudah seperti adik-beradik. Apa yang menyedihkan, saya terkilan sebab tak dapat nak lihatnya buat kali yang terakhir. Abah kata tak sempat nak ambil saya dekat sini, jenazah dikebumikan awal. Saya hanya dapat kirimkan al-fatihah dan yassin.. Ajal memang tak pernah mengenal usia, bila-bila masa saja kita boleh ajal. Pemergian cousin saya amat memberi kesan pada saya. Bila saya termenung sorang-sorang saya berfikir, orang yang meninggalkan saya semakin lama semakin dekat hubungannya dengan diri saya.. bermula dengan sahabat saya semasa cuti semester lepas, dan yang kini sepupu saya.. ntah esok lusa saya pula.. takut rasanya... saya selalu berdoa selepas solat agar dipanjangkan usia saya, dan diberi peluang kepada saya untuk saya balas jasa kedua ibu bapa saya.. ya allah berikan aku peluang itu...

rasa sebak pula hati ini, sekian sahaja untuk hari ini..

Tuesday, March 10, 2009


PROGRAM MOTIVASI

27 Feb lepas, saya dan 9 rakan yang lain telah membuat satu program motivasi "bersama menggapai bintang" di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam. Banyak kenangan dan dugaan sepanjang hendak mengadakan program ini. Berkat doa dan kesungguhan semua fasilitator, akhirnya program ini berjalan dengan jayanya. Syukur kepada Allah s.w.t...alhamdulillah, pihak sekolah pula menyambut baik kedatangan kami dan unit bimbingan kaunseling sekolah juga sangat memberikan kerjasama untuk bersama-sama menjayakan program selama 3 hari 2 malam ini. Sasaran kami untuk program ini adalah 100 orang pelajar asrama yang mana terdiri daripada tingkatan 3, 5 dan 6.
AL-KISAH.... Lebih kurang pukul 3, kami sampai di sekolah dan mendaftarkan diri dipejabat asrama. Kami diberikan bilik penginapan dan terus setup dewan untuk majlis perasmian oleh pengetua. Pukul 4 petang, pendaftaran peserta dibuat oleh saudara Robin dan juga saudari Faridah. Seterusnya majlis perasmian program bermula pada pukul 4.30 petang. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali. Selepas solat asar, semua peserta bergegas ke dewan utama sekolah untuk slot ice breaking yang bertujuan untuk sesi suai kenal dan juga pembahagian kumpulan. Slot ini telah dikendalikan oleh saya sendiri yang mana ini merupakan pengalaman pertama saya untuk mengendalikan slot secara perseorangan, secara jujurnya saya akui agak sukar untuk kendalikan slot ice breaking, lebih-lebih lagi masa itu ada masalah teknikal mic, jadi peserta tidak berapa jelas dengan arahan.. dan bergema.. saya telah cuba yang terbaik dan akhirnya dapat membentuk 9 kumpulan yang ahlinya daripada pelbagai kategori. Selama 3 hari 2 malam ini, banyak slot yang kami sediakan antaranya ialah slot "diriku dirimu" yang mana slot ini bertujuan untuk pelajar mengetahui akan kelemahan dan juga kelebihan diri masing-masing dan juga mengenali rakan-rakan yang lain. Dalam slot ini juga kami telah mengedarkan inventori JEPI dan telah ditadbir oleh saudara Sharilhan.
Selain itu, slot ceramah "kemahiran belajar" telah disampaikan oleh saudara Ismail yang mana ceramah ini dapat memberikan input-input kepada pelajar cara untuk belajar yang betul seperti mengingat, peta minda, membaca pantas dan sebagainya. Dalam slot ceramah juga telah diberikan pendedahan tentang kerjaya terkini. Seterusnya ialah slot "tipah dan joey" yang mana slot ini bertujuan untuk melihat cara pelajar untuk berani tampil dihadapan dan berhujah, disini kemahiran komunikasi dapat dilihat dan juga cara lontaran idea pelajar dapat dilihat. slot ini sangat menarik dan dapat memotivasikan diri pelajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan betul, belajar mendengar pandangan atau pendapat orang lain, dan belajar menjadi asertif diri. Modul ini telah dikendalikan saudari Rofiah, dan saya rasa pengendalian modul dapat mencapai matlamatnya. Tahniah Pia.
Bagi aktiviti riadah pula, slot sibuta ku sayang telah dikendalikan oleh saudari Nurhamizah. Aktiviti ini relaks dan seronok walaupun terpaksa berpanas. not bad... untuk malam pula, kami telah mengadakan malam kebudayaan yang mana setiap kumpulan akan membuat persembahan. Tidak dinafikan ramai pelajar disekolah ini berbakat dalam nyanyian dan juga lakonan. Syabas kepada semua pelajar yang menjayakan malam kebudayaan.. Malam tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, tetapi terdapat 1 slot "buang sayang, jasamu dikenang" yang dikendalikan oleh saudari Norhayati. Slot ini lebih kepada mengenang jasa ibubapa, dan cuba menaikkan semangat pelajar untuk bangkit, sedarkan mereka yang kejayaan mereka dapat membalas jasa kedua ibu mereka. Slot ini sedih, saya pun teringatkan mak ngan abah.....lebih kurang kul 1 pagi kami lepaskan semua pelajar untuk balik tidur.
Keesokkannya, pagi2 seperti biasa ada senamrobik "oojeng" yang menjadi kegemaran pelajar. Senamrobik ini telah dilakukan didalam dewan utama dan melibatkan semua pelajar asrama. Senamrobik ini sangat meriah dan lebih lagi apabila dimainkan lagu "chicken dance", hehheeh.... kelakarnya mereka.. dan seterusnya sukaneka. Sukaneka ini dikendalikan oleh saudari Musfirah. Aktiviti ini memang enjoy dan lebih kepada semangat berkumpulan. Walau bagaimanapun terdapat kekangan sepanjang program ini yang mana berlaku masalah teknikal dan ia dapat diatasi, masalah ketepatan masa dan menghadapi waktu cemas semasa mengendalikan beberapa orang pelajar yang pengsan, kena sawan, dan sesak nafas. Peristiwa tersebut memberi satu experience kepada kami supaya lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan apabila running program.
Alhamdulillah, pelajar yang terlibat selamat dan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru sekolah cikgu Laila, cikgu Noli, cikgu Faizuri yang membantu kami. Terima kasih juga kepada pihak sekolah, pengetua sekolah yang memberikan peluang kepada kami untuk menjayakan program, kepada cikgu Asmaliza, terima kasih kerana telah merasmikan penutupan program dan sekali gus telah melancarkan majlis penutupan program. Begitu juga dengan teacher Aisyah selaku ketua warden yang telah memberikan tempat penginapan, dan makanan. Tidak lupa juga, rakan seperjuangan yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Tahniah saya ucapkan diatas kerjasama yang baik yang telah diberikan dan mudah-mudah ia menjadi satu platform kepada anda semua untuk terus berjaya dimasa akan datang dan menjadi seorang kaunselor yang berkemahiran, bertanggungjawab, berpengetahuan dan bertauliah. Insyaallah...amin.


Friday, March 6, 2009

Kembali

Dah lama saya tak jenguk blog ni, busy punya pasal. Last week sibuk ngan program kat sekolah Dato' Harun. Best juga wat program kat sana. Maklum lah bekas student kat sana, pengetua pun mengalu-alukan kedatangan kami semua. Baru saya tahu rupanya sek Dato' Harun dengan UPSI mempunyai hubungan pertalian yang sangat rapat. 2 orang kaunselornya pun dari UPSI juga, dan semasa saya di sana juga saya sempat berkenalan dengan 2 student dari UPSI yang sedang menjalani latihan praktikum disana. macam mana? bangga kan... patut la semasa saya form 6 dulu, cikgu-cikgu suka bercakap tentang UPSI dan UPSI dijadikan universiti pilihan utama kepada pelajar-pelajar form 6. Alhamdulillah, saya dapat masuk universiti pilihan utama cikgu-cikgu. Bangganya...

actually nak citer tentang program kat sana, tak pe nanti saya continue.

Saturday, February 21, 2009

Bingkisan Doa Dariku.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Sikap orang yang berjaya
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain

Sikap orang yang gagal

  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah Tidak mahu menerima pendapat orang lain

Wednesday, February 18, 2009

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat

  1. Kuasai masa anda "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
  2. Keputusan di tangan anda.. Jangan biarkan orang lain menghalang anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
  3. Hapuskan ketakutan. "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap positif
  5. Gambaran minda "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif
  7. Capai sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang sekali"
  8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
  9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action speak louder than words".

"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Monday, February 16, 2009

KASUT TUMIT

Hari ini dalam sejarah, sy jatuh di tangga library. Malunya…. Tapi kesakitan melebihi daripada rasa malu. Semuanya kerana kasut tumit. Sy rasa fobia hendak lalu di situ lagi. Takut2 jatuh lagi untuk kali kedua. Hanya allah sahaja yang tahu sakitnya bukan kepalang, nasib baik sy boleh berjalan lagi. Syukur alhamduliillah. Nampaknya lepas ni, sy kena beli kasut yang tidak bertumit supaya tidak jatuh lagi. Nasib baik la ida ada bersama tadi, jadi dialah yang bantu sy tadi. Thanks ida.. sy janji selepas ini sy akan lebih berhati2 lagi. Insya’Allah..

MARI BERCUTI


Hari ahad yang lepas sy dengan 9 lagi kengkawan gi mandi dekat Kalumpang. Seronoknya masa itu, kami bangun awal pagi lagi untuk memasak bihun dengan wat roti sandwich. Ada kawan kite tu pandai masak bihun singapura. Huhuhu nampaknya dah boleh kahwin kawan kite tu sebab dah pandai masak. Sedap tau masakannya. Then kami buat sandwich sesame, suasana masa tu memang seronok. Iyerlah mana tidaknya tak sabar nak sampai ke Kalumpang dan ramai di antara kami ini yang masih belum menjejakkan kaki lagi ke sana. Tepat kul 9 kami brtolak. Sampai saja di kalumpang, sy menjadi ghairah nak main air. Ceh kononnya nak terus mandi tapi bila sentuh je air , sejuknya bukan main. Kami mencari tempat yang agak tersorok supaya bebas untuk main air, nanti x la malu2. hahaha...macam2 aksi dan gaya yang kami lakukan. Lama juga kami berendam dalam air, bila lapar kami naik skejap untuk makan, then masuk lagi. Huhu seronoknya, rasa nak pergi lagi. Walaupun sy tak pandai berenang, sy dah cukup hepy dapat berendam dalam air. Sy ada juga suruh kawan sy ajar sy berenang, hehehe lucu la sebab tak jadi juga. Iyerla kalau nak mulakan sesuatu yang baru kena lah banyak kali berlatih baru lah boleh, betul x? For me, ia suatu pengalaman yang baru and i’ll keep that’s memory in my mind. Best sangat..

Saturday, February 14, 2009

UBAT OH UBAT


Boringnya hari ni... kepala pula asyik sakit aje, mencucuk rasanya. tak tahu la nape. kerap juga sakit kepala. nak makan ubat tak lalu. maklum la tak pandai nak makan ubat. itu la yang jadi masalahnya, tak pandai nak makan ubat. dah di ajar banyak kali pun masih xdapat nak wat juga. selalu kena ketawa dengan abah ngan adik2 sebab tak pandai nak makan ubat. sebelum ni kalau sakit pun tak makan ubat, sy akan cuba tahan saja. kalau dah teruk sangat, mak akan hancurkan ubat dan beri sy makan. huhuhu

K la, sy nak rehat dulu. makin kuat pula rasa mencucuk2 kat kepala ni..

Friday, February 13, 2009

APA ITU KAUNSELING?


  • Biasanya kaunseling dikaitkan dengan masalah. Apabila seseorang sedang bergelut dengan sesuatu masalah peribadi orang-orang di sekeliling akan menasihatkannya berjumpa kaunselor untuk mendapat bantuan secara profesional. Sebelum ini sesiapa sahaja akan bertindak sebagai penasihat atau penyelesai masalah walaupun tanpa kemahiran. Ramai yang menganggap masalah manusia adalah perkara biasa yang boleh diselesaikan oleh sesiapa sahaja. Biasanya dalam kelompok keluarga, orang-orang tualah yang menjadi tempat rujukan kerana mereka dikira telah banyak merasakan asam garam kehidupan berbanding dengan golongan muda.Sebenarnya adakah usia dan pengalaman itu memadai untuk menjadi seorang kaunselor? Sebelum kita menilai kelayakan seorang kaunselor, terlebih dahulu kita perlu tahu apakah sebenarnya yang ingin kita capai dalam kaunseling?Oleh kerana kaunseling merupakan satu proses membantu manusia, matlamat kaunseling semestinya berkait rapat dengan falsafah kehidupan manusia yang inginkan kebaikan dan kesejahteraan sejagat. Maka kehendak dan matlamat kaunseling adalah untuk membantu manusia memahami serta memanfaatkan potensi dirinya dalam mencapai kesejahteraan hidupnya.
  • Dalam kaunseling setiap individu mesti bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri dan apa sahaja keputusan yang diambil bagi menyelesaikan kekusutan yang dihadapi. Tanggapan sesetengah orang bahawa kaunselor itu merupakan orang yang berkuasa dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah orang lain adalah satu kekeliruan besar kerana kaunselor hanya membantu meneroka dan meluaskan paradigma pemikiran kliennya sehingga dia nampak jalan penyelesaian yang perlu diambil.Sesi pertemuan di antara kaunselor dan klien bukanlah sesi perbualan kosong tanpa sebarang matlamat. Sebenarnya seorang kaunselor perlu menggunakan kemahirannya untuk memahami, mengenal pasti, menganalisis percakapan, gerak geri dan air muka kliennya. Setiap perkaraan, gerak geri dan gambaran perasaannya perlu ditafsirkan bagi mengenal pasti perkara pokok yang memerlukan perhatian dan perubahan yang perlu dilakukan.Apabila seorang klien bertemu kaunselor lazimnya dia membawa kehendak atau matlamat tertentu. Dia mengharapkan penawar untuk mengubati kebuntuan yang sedang dialami. Kaunselor juga dalam melaksanakan tugasnya mempunyai matlamatnya sendiri.
  • Sebagai seorang profesional sudah tentu dia mengharapkan sesi kaunseling yang dijalankan itu memberi kepuasan kepada klien dan juga dirinya. Dia mengharapkan klien yang pada awalnya bermuram atau bermasam muka akan berubah menjadi ceria dengan senyuman yang berseri-seri. Dia akan berpuas hati sekiranya dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada kliennya.Sesi kaunseling yang berkesan akan terhasil sekiranya matlamat klien dan matlamat kaunselor dapat diselaraskan. Kaunselor akan dapat memikirkan sesuatu matlamat yang sesuai dengan keadaan dan kehendak seseorang klien. Matlamat ini dapat dikenalpasti daripada pernyataan masalah yang dikemukakan oleh klien dan penafsiran gerak gerinya.
  • Menurut Shertser dan Stone (1968), klien selalunya mengharapkan supaya dicabar, diuji, dianalisis dan diberitahu apa yang patut dan perlu mereka lakukan. Kaunselor pula tidak akan menetapkan tindakan yang perlu diambil oleh klien. Sebaliknya kaunselor akan membiarkan klien membuat pertimbangan sendiri mengikut jperasaan, fikiran dan situasi klien sendiri. Apa yang sesuai bagi kaunselor tidak semestinya sesuai untuk klien. Lagi pun klienlah yang akan merasakan manfaat atau tidaknya kesan tindakan yang bakal diambilnya. Untuk memudahkan kaunselor pernyataan masalah yang dikemukakan oleh klien boleh ditukar kepada matlamat yang ingin dicapai. Walaubagaimana pun apabila kira menetapkan sesuati matlamat ianya mestilah boleh dicapai, boleh diukur, realistik dan ada ketentuan masa perubahan yang sesuai.

MELAKA - KLCC














Wednesday, February 11, 2009

Jatuh Cinta?




  • Apabila anda bersama dengannya, anda akan akui si dia istimewa tetapi anda berpura-pura tidak peduli dan bila si dia tiada anda akan tercari-cari. itu menandakan anda di lamun cinta.
  • Walaupun ramai orang di sisi anda, tapi perhatian anda hanya tertumpu padanya. itu tandanya anda telah jatuh cinta.
  • Rasa resah gelisah bila tidak mendengar suaranya, bila mengantuk jadi terang dan bila lapar jadi kenyang. tandanya anda sedang dilamun cinta.
  • Cemburu bila orang si dia asyik memuji kecantikan orang lain.

Apa guna pasang pelita,
Kalau hanya bersumbukan kain,
Buat apa bercinta,
Kalau tiada niat nak kawin.

Sunday, February 8, 2009

Sebuah kisah




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

WHAT DO U THINK?